image
Free CSS Template

Punca dan kunci kepada pendidikan anak-anak jua masyarakat ada pada RASULULLAH saw. Maka bawalah masyarakat kepada Cinta Rasul..

Search This Blog

PROFIL ISIS

| | May 22, 2009

ISIS (IKATAN SISWAZAH ISLAM SERDANG) adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh graduan-graduan cemerlang dari UPM Serdang dengan bervisi untuk mencapai keredhaan yang ESA. Matlamat sebenar penubuhan ISIS adalah untuk membina pembangunan insaniah dengan berkonsepkan kebajikan. Tema yang digariskan dalam penubuhan ISIS adalah ' DARI MEDAN KAMPUS KE LAPANGAN UMMAH'.

Walaupun baru setahun jagung dalam bidang konsultansi dan motivasi, para penggerak ISIS telah berjaya melaksanakan banyak program motivasi terutamanya yang melibatkan generasi muda di peringkat sekolah rendah. Berikut merupakan aktiviti serta program yang ditawarkan oleh ISIS melalui beberapa siri program yang telah dijalankan :

BENGKEL SMART SOLAT

· KEM ANAK SOLEH (KASEH)

· MUSLEEM SUCCESS CAMP (MSC)

· KURSUS PARENTING SKILL

· KELAS INTENSIF AL-QURAN DAN FARDHU AIN



Dalam membina generasi tiang negara dan agama, program-program ISIS amat mementingkan keperluan mengamalkan serta menghayati nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian untuk melahirkan insan yang syumul serta berusaha ke arah melahirkan generasi Islam yang lebih cemerlang dan beriman. Berdasarkan rekod program serta maklum balas peserta serta waris, ISIS dalam usaha untuk menyediakan khidmat bimbingan serta motivasi kepada ruang lingkup yang lebih besar untuk kepentingan ummah serta Islam khususnya.

Sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emailkan ke isisteam09@gmail.com


Best regards,
Isisteam09'
















































































































































No comments:

Post a Comment