image
Free CSS Template

Punca dan kunci kepada pendidikan anak-anak jua masyarakat ada pada RASULULLAH saw. Maka bawalah masyarakat kepada Cinta Rasul..

Search This Blog

KASEH 5

| 0 comments | Dec 2, 2009

Tema "GENERASI PINTAR SOLEH"...


Objektif kem ini diadakan ialah untuk:



  • Menerapkan nilai-nilai murni dikalangan anak-anak muda masa kini.
  • Memberi kesedaran kepada anak-anak muda mengenai perlunya rasa berTuhan dalam diri mereka
  • Memberikan kefahaman kepada anak-anak muda mengenai bahaya serangan budaya hedonisme dan implikasi kepada diri mereka.
  • Menerapkan unsur-unsur kebesaran Allah dalam diri anak-anak muda.
  • Memberi ransangan motivasi kepada anak-anak muda supaya lebih kuat dalam menghadapi sebarang masalah dalam kehidupan.
  • Menyedarkan anak-anak muda mengenai pentingnya menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka.
  • Membimbing anak-anak muda agar mereka dapat menjadi anak yang soleh dan solehah.

ALLAH Menghapuskan Perbuatan Buruk....

| 0 comments | Dec 1, 2009

Orang-orang beriman bercita-cita memperoleh keridhaan, kasih sayang, dan surga Allah. Namun, manusia diciptakan dalam keadaan lemah dan lupa sehingga manusia melakukan banyak kesalahan dan memiliki banyak kelemahan. Allah Yang Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya dan Maha Pengasih dan Penyayang memberitahukan kita bahwa Dia akan menghapus perbuatan buruk dari hamba-Nya yang ikhlas dan akan memberikan kepada mereka pemeriksaan yang mudah:

"Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada kaumnya dengan gembira."

(Q.s. al-Insyiqaq: 7-9).


Tentu saja Allah tidak mengubah perbuatan buruk setiap orang menjadi kebaikan. Adapun sifat orang-orang beriman yang perbuatan buruknya dihapus Allah dan diampuni-Nya diberitahukan dalam al-Qur'an.

Program KASEH IV Berjaya !!!

| 0 comments | Jun 3, 2009

Buat kesekian kalinya, ISIS 09' sekali lagi berjaya melakar sejarahnya yang tersendiri dalam usia yang masih muda ini.

Program KASEH IV yang telah diadakan dari 29-30 MEI 2009 di KEM RIMBA RIA , SUNGAI CONGKAK telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para penduduk sekitar PUCHONG yang sememangnya inginkan pengisian jiwa untuk anak-anak mereka bersempena cuti sekolah ini. Atas inisiatif ISISTEAM yang diasaskan oleh UZ RIDHUAN BIN OTHMAN dengan slogan dari KAMPUS KE LAPANGAN MASYARAKAT, ISISTEAM menggarap objektif KASEH agar mampu menyumbang sesuatu yang bermakna dalam mendidik anak bangsa agar punya jati diri dan pegangan AD DIN yang sempurna dan mantap.

Pihak ISIS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada KAKITANGAN MASJID AS SALAM, PUCHONG yang memberikan kerjasama yang sangat baik dalam membantu melancarkan perlaksanaan program ini. Tidak dilupakan kepada semua pihak penaja serta orang perseorangan terutamanya AMK yang sudi membantu meringankan beban kami dalam melunaskan tanggungjawab kami kepada masyarakat.

Program KASEH merupakan sebahagian dari gerak kerja ISIS dan pada masa akan datang masih banyak lagi program yang sedang dirancang bakal dilaksanakan bagi memenuhi kehendak dan permintaan beberapa individu serta masyarakat agar aktiviti seumpama ini dapat dilebarkan lagi ke kawasan-kawasan yang sangat memerlukan TEAM yang mampu membantu dalam usaha membentuk dan membina semula generasi anak bangsa MALAYSIA yang kita cintai..SATU MALAYSIA.

PROGRAM TERDEKAT ISIS

| 0 comments | May 24, 2009


KEM ANAK SOLEH-4

Bismillahirahmanirrahim...

InsyaAllah 29-31 Mei o9' ini bersemperna dengan cuti pertengahan tahun ISIS akan mengadakan Kem Anak Soleh kali ke -4 (KASEH IV)..
Penyertaann terbuka kepada pelajar berumur 9-14 tahun


Bagi ibu bapa yang berminat boleh merujuk poster di atas dan untuk maklumat lanjut sila hubungi wakil ISIS (Azan: 013-2506031/ Faezah 017-6286393) untuk mendaftar. Tempat adalah terhad kepada 100 orang sahaja. Pendaftaran masih terbuka hingga 26 Mei ini.
Jom pakat cepat2 mendaftar, jadikan cuti pertengahan anak2 anda kali ini cuti yang terisi dengan aktiviti dan pengisisan yang berfaedah=)

PROFIL ISIS

| 0 comments | May 22, 2009

ISIS (IKATAN SISWAZAH ISLAM SERDANG) adalah sebuah pertubuhan yang dianggotai oleh graduan-graduan cemerlang dari UPM Serdang dengan bervisi untuk mencapai keredhaan yang ESA. Matlamat sebenar penubuhan ISIS adalah untuk membina pembangunan insaniah dengan berkonsepkan kebajikan. Tema yang digariskan dalam penubuhan ISIS adalah ' DARI MEDAN KAMPUS KE LAPANGAN UMMAH'.

Walaupun baru setahun jagung dalam bidang konsultansi dan motivasi, para penggerak ISIS telah berjaya melaksanakan banyak program motivasi terutamanya yang melibatkan generasi muda di peringkat sekolah rendah. Berikut merupakan aktiviti serta program yang ditawarkan oleh ISIS melalui beberapa siri program yang telah dijalankan :

BENGKEL SMART SOLAT

· KEM ANAK SOLEH (KASEH)

· MUSLEEM SUCCESS CAMP (MSC)

· KURSUS PARENTING SKILL

· KELAS INTENSIF AL-QURAN DAN FARDHU AIN



Dalam membina generasi tiang negara dan agama, program-program ISIS amat mementingkan keperluan mengamalkan serta menghayati nilai-nilai agama dalam kehidupan seharian untuk melahirkan insan yang syumul serta berusaha ke arah melahirkan generasi Islam yang lebih cemerlang dan beriman. Berdasarkan rekod program serta maklum balas peserta serta waris, ISIS dalam usaha untuk menyediakan khidmat bimbingan serta motivasi kepada ruang lingkup yang lebih besar untuk kepentingan ummah serta Islam khususnya.

Sebarang pertanyaan atau cadangan, sila emailkan ke isisteam09@gmail.com


Best regards,
Isisteam09'