image
Free CSS Template

Punca dan kunci kepada pendidikan anak-anak jua masyarakat ada pada RASULULLAH saw. Maka bawalah masyarakat kepada Cinta Rasul..

Search This Blog

Program KASEH IV Berjaya !!!

| | Jun 3, 2009

Buat kesekian kalinya, ISIS 09' sekali lagi berjaya melakar sejarahnya yang tersendiri dalam usia yang masih muda ini.

Program KASEH IV yang telah diadakan dari 29-30 MEI 2009 di KEM RIMBA RIA , SUNGAI CONGKAK telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para penduduk sekitar PUCHONG yang sememangnya inginkan pengisian jiwa untuk anak-anak mereka bersempena cuti sekolah ini. Atas inisiatif ISISTEAM yang diasaskan oleh UZ RIDHUAN BIN OTHMAN dengan slogan dari KAMPUS KE LAPANGAN MASYARAKAT, ISISTEAM menggarap objektif KASEH agar mampu menyumbang sesuatu yang bermakna dalam mendidik anak bangsa agar punya jati diri dan pegangan AD DIN yang sempurna dan mantap.

Pihak ISIS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada KAKITANGAN MASJID AS SALAM, PUCHONG yang memberikan kerjasama yang sangat baik dalam membantu melancarkan perlaksanaan program ini. Tidak dilupakan kepada semua pihak penaja serta orang perseorangan terutamanya AMK yang sudi membantu meringankan beban kami dalam melunaskan tanggungjawab kami kepada masyarakat.

Program KASEH merupakan sebahagian dari gerak kerja ISIS dan pada masa akan datang masih banyak lagi program yang sedang dirancang bakal dilaksanakan bagi memenuhi kehendak dan permintaan beberapa individu serta masyarakat agar aktiviti seumpama ini dapat dilebarkan lagi ke kawasan-kawasan yang sangat memerlukan TEAM yang mampu membantu dalam usaha membentuk dan membina semula generasi anak bangsa MALAYSIA yang kita cintai..SATU MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment